Monday, May 16, 2011

Cadet Pilot Enrolment...

untuk menjadi cadet pilot under sponsor, kita boleh memohon melalui mane2 airline dengan menghantar resume penuh. contohnye di Malaysia, kite boleh memohon dengan Airasia atau MAS. pemilihan adalah dalam beberapa peringkat iaitu psycho-motor & psychometric test, medical checkup dan di ikuti interview.

biasanya proses pemilihan ini memakan masa yang agak panjang dan agak susah untuk terpilih. even cadet pilot yang sedang belajar secara private pun selalunye gagal dalam pemilihan tersebut. adakah mereka tidak layak untuk menjadi pilot??? hmmm susah nak di kata...

untuk menjadi cadet pilot yang belajar secara private pula, kita boleh mendaftarkan diri ke mane2 flying school yang di iktiraf oleh Department of Civil Aviation Malaysia (DCA). contoh yang terbaik ialah Asia Pacific Flight Training (APFT) sebab saya belajar kat sini. he3... ade jugak flying school yang lain seperti HM Aerospace, Malaysian Flying Academy and Kist Aviation Academy. link ke web site mereka ade di pautan skydreamers di sebelah kanan page ini.

syarat2 kelayakan untuk memasuki flying school ini pula ialah sekurang2nya 4 kredit dalam SPM iaitu subjek matematik, sains, bahasa melayu dan jugak bahasa inggeris. selain itu anda jugak harus lulus medical checkup class 1 dan yang paling penting ialah duit yuran RM250,000 jika anda ingin belajar di APFT. yuran pembelajaran adalah berlainan antara flying school. so far, APFT lah yang berpatutan dan mempunyai reputasi yang sangat baik...

fikir masak2 sebelum membuat sebarang keputusan untuk mendaftarkan diri sebab pelaburan ini sangat besar. risikonye jugak besar. tetapi jika berjaya, pulangannye jugak amat besar. pembelajaran di sini tak semudah yang kite jangka tapi jugak tak lah sesukar mane. di mane ade kemahuan di situ pasti ade jalan. wasalam....

5 comments:

  1. nanti nak tumpang nek kapal terbang ye.. nak belaja tak mampu

    ReplyDelete
  2. dulu mmg sy dah ready nk jd pilot. tp malangnya.. yayasan ehem2 xsponser pilot. lain cm yayasan ganu... wuwu :(..teruskan hidup dgn pharmacist saja.

    ReplyDelete
  3. itu lah di katakan takdir. kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan yang terbaik utk kita...:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum .. Saya memang berminat dengan bidang pilot ni.. Nak tanya, rm250,000 tu untuk setahun ke atau sampai tamat pengajian? And biasanya memakan masa berapa tahun nak graduate dari akademi? Better ambil dalam negara atau luar negara course piloting ni?

    ReplyDelete