Monday, May 16, 2011

Cadet Pilot Enrolment...

untuk menjadi cadet pilot under sponsor, kita boleh memohon melalui mane2 airline dengan menghantar resume penuh. contohnye di Malaysia, kite boleh memohon dengan Airasia atau MAS. pemilihan adalah dalam beberapa peringkat iaitu psycho-motor & psychometric test, medical checkup dan di ikuti interview.

biasanya proses pemilihan ini memakan masa yang agak panjang dan agak susah untuk terpilih. even cadet pilot yang sedang belajar secara private pun selalunye gagal dalam pemilihan tersebut. adakah mereka tidak layak untuk menjadi pilot??? hmmm susah nak di kata...

untuk menjadi cadet pilot yang belajar secara private pula, kita boleh mendaftarkan diri ke mane2 flying school yang di iktiraf oleh Department of Civil Aviation Malaysia (DCA). contoh yang terbaik ialah Asia Pacific Flight Training (APFT) sebab saya belajar kat sini. he3... ade jugak flying school yang lain seperti HM Aerospace, Malaysian Flying Academy and Kist Aviation Academy. link ke web site mereka ade di pautan skydreamers di sebelah kanan page ini.

syarat2 kelayakan untuk memasuki flying school ini pula ialah sekurang2nya 4 kredit dalam SPM iaitu subjek matematik, sains, bahasa melayu dan jugak bahasa inggeris. selain itu anda jugak harus lulus medical checkup class 1 dan yang paling penting ialah duit yuran RM250,000 jika anda ingin belajar di APFT. yuran pembelajaran adalah berlainan antara flying school. so far, APFT lah yang berpatutan dan mempunyai reputasi yang sangat baik...

fikir masak2 sebelum membuat sebarang keputusan untuk mendaftarkan diri sebab pelaburan ini sangat besar. risikonye jugak besar. tetapi jika berjaya, pulangannye jugak amat besar. pembelajaran di sini tak semudah yang kite jangka tapi jugak tak lah sesukar mane. di mane ade kemahuan di situ pasti ade jalan. wasalam....

Saturday, May 14, 2011

Assalamualaikum pembuka bicara...

Assalamualaikum salam ukhwah kepada semua. Pertama sekali saya nak perkenalkan diri saya dulu serba sikit. Nama saya fahmy juga bleh dipanggil fame. Tujuan saya tulis blog ni nak berkongsi serba sikit mengenai impian atau cita-cita saya nak menjadi seorang juruterbang. sesiapa yang nak bertanye mengenai dunia piloting ni, boleh komen dekat sini. saya pun baru belajar lagi tapi kalau boleh saya jawap, saya jawaplah ye.

Sejak kecil lagi saya dah berminat untuk melibatkan diri dalam bidang ni. Boleh dikatakan berada di awan biru tu memang dah tertanam dalam hati sanubari ni. Huhu... Tapi bukan mudah sebenarnye. Walaupun result spm saya agak memberangsangkan, tapi saya etrpaksa ketepikan cita-cita saya buat sementara waktu sebab x tak ade sumber kewangan yang baik atau biasiswa. Penat dah saya buat rayuan dengan mara, ypj ngan baitulmal johor tapi tak ade rezeki jugak. Mas ngan airasia punye biasiswa pun mohon2 xdapat jugak. Mungkin belum ade rezeki saya lagi.

Saya pun teruskan pengajian ke matrikulasi perlis selame setahun. Lepas tu sambung lagi ke uitm shah alam selame stahun. xlame lepas tu alhamdulillah smpai jgak hajat saya nak masuk belajar piloting. keluarga saya dapat jgak sumber kewangan utk hantar saya belajar dekat Asia Pacific Flight Training, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 16 januari 2011...